Articles

Visi & Misi


VISI

Merealisasikan kelahiran generasi Rabbaniy yang Bijaksana (Hukama’), Berilmu (Ulama’), dan Berakhlak Mulia (Hulama’) yang berupaya bangkit sebagai Muslih di tengah masyarakat, Ulu Baqiyyah yang dididk dengan Ashraf Al-Ulum (Al-Quran dan Hadith) dan Ashraf Al-Amal yang sentiasa mendalami ilmu bermanfaat untuk mengajar dan mendidik masyarakat ke Al-Sirat Al-Mustaqim yang perihatin dengan perkembangan arus perdana moden kini dan mendatang.

 

MISI

Melahirkan golongan huffaz dan hamalat Al-Quran yang berkualiti serta pro-aktif di dalam menggerakkan dan memartabatkan sistem kehidupan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta memiliki kemahiran untuk menilai, merancang serta mengimplementasikan keperluan Al-Quran dan As-Sunnah di dalam masyarakat agar dapat menjadi model rujukan kehidupan madani yang praktikal di zaman arus kemodenan. Mengujudkan cawangan-cawangan Mataqu di setiap negeri dalam Malaysia yang bertindak sebagai Pusat Islam yang menampung keperluan-keperluan fardhu ain dan fardhu kifayah ummah dan diurus serta ditadbir oleh lepasan-lepasan Mataqu sendiri seawal tahun 2020.

 

OBJEKTIF

 Di antara objektif-objektif Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum ditubuhkan adalah untuk  :-

a)     Melahirkan hafiz dan & hafizah Al-Quran yang berilmu serta mampu menjadi tenaga penggerak bagi meneruskan kesinambungan institusi ‘ulama yang amilin’.

b)     Membentuk generasi yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, akal dan akhlak

c)     Memantap serta memperkukuhkan sistem pendidikan Islam agar dapat memenuhi keperluan semasa.      

d)     Memastikan kecemerlangan pelajar dari segi syakhsiah, ilmu-ilmu agama Islam dan juga akademik.