Piagam Pelanggan

1) Menyediakan suasana pembelajaran Al-Quran dan ilmu-ilmunya dalam suasana budaya institusi pondok;
2) Memberikan latihan kepada pelajar, guru serta ibubapa di dalam sistem pendidikan hafazan dan tahsin Al-Quran;
3) Mengusahakan golongan huffaz yang berupaya untuk lulus dengan pangkat sekurangnya jayyid jiddan di dalam shahadah 30 Juzuk Al-Quran peringkat Negeri Selangor;
4) Menyediakan program-program syakhsiah pelajar yang bermatlamat untuk membentuk adab-adab mulia selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah;
5) Menyediakan program-program syakhsiah pelajar dan masyarakat yang dapat membentuk rasa cinta kepada Rasulullah, ahlul bait, para sahabat, auliya’, ulama’-ulama’ solaf as-soleh dan orang-orang yang mengikuti mereka;
6) Memperjuangkan bahasa arab sebagai bahasa komunikasi utama dan bahasa inggeris bahasa komunikasi tambahan di kalangan pelajar dan guru agar mereka mampu menjadi para da’I yang berkualiti di peringkat antarabangsa;
7) Mengujudkan kerjasama dengan lain-lain maahad tahfiz kea rah pembangunan dan pemurniaan institusi-institusi Tahfiz Al-Quran seluruh Negeri Selangor;
8) Menjadi pusat sumber untuk penyelidikan Al-Quran dan ilmu-ilmunya;