Galeri

Kompleks MATAQU

 

Pengunjung MATAQU

133364
Hari IniHari Ini18
SemalamSemalam25
Minggu IniMinggu Ini64
Bulan IniBulan Ini654
Semua HariSemua Hari133364
TERTINGGI 02-08-2014 : 641
3.91.157.213

MISI MUSIM SEJUK

IKLAN TEMUDUGA

INFAQ VAN BAIC

23 Oktober bersamaan 10 Muharam; Hari Asyura

(nota: selain dri peristiwa nabi Musa & Bani Israel diselamatkan, peristiwa2 lain dtg dri riwayat yg lemah)

 Jarang atau mungkin tidak pernah diperkatakan bahawa hari Asyura ialah hari dimana الله telah menzahirkan hilangnya rasa cinta umat RasuluLLAH ص sesama mereka dan ahlul baitnya RasuluLLAH ص.

 Hari Asyura dizaman umat nabi Muhammad ص diwarnai dengan darah cucu baginda Saidina Hussein.  Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein yg dikenali sbg Peristiwa Kerbala merupakan kemuncak kepada hilangnya rasa cinta kepada umat, ianya bermula dengan pembunuhan khalifah ar-Rasyidin yg ketiga - Saidina Uthman ibnu Affan (pembunuhan seorang sahabat RasuluLLAH, ulama' dan khalifah ummat).

 Walaupun saidina Uthman r.a telah digantikan dengan saidina Ali  karamALLAHu wajhahu; rasa curiga, kepuakan, buruk sangka dll yg merupakan racun kepada perasaan cinta umat telah mula merebak dan berjangkit didalam hati umat Islam.  

 Sistem khalifah ar-Rasyidin, dimana institusi ulama' dan umara' bergabung dan dinaungi oleh seorang insan yang benar-benar mencerminkan perhambaan manusia kepada penciptanya akhirnya terungkai...dan pada hari apakah yang paling simbolik untuk menandakan kehancurannya itu kalau bukan pada 10 Muharram iaitu hari Asyura.  

 Ketika الله memberikan pelbagai kemenangan kpd umat Islam dizaman nabi-nabi terdahulu, 10 Muharram merupakan hari tangisan untuk umat RasuluLLAH ص..namun begitu kesedihan dan tangisan ini juga dicemari apabila musuh-musuh Islam menambahkan lagi kecederaan pada luka yang telah sedia berdarah, mereka berjaya menjadikan hari Asyura hari berkabung dan kesedihan untuk kelompok sektarian Shiah semata-mata (yang tidak mengamal dan menggambarkan shariat Islam yang sebenar) bagi mengaburi kefahaman dan pengajaran yang sepatutnya hari Asyura ini berikan kepada umat Islam ahlul sunnah wal jamaah.

 Apabila umat Islam akhirnya melihat dengan penuh curiga perkabungan dan kesedihan dlm sejarah peristiwa Kurbala, maka sebenarnya musuh-musuh Islam telah berjaya mencabut ruh kecintaan sesama umat Islam dengan mencabut cinta mereka kepada para ahlul bait.

 Kita kini sedang melalui fasa kebangkitan umat Islam diakhir zaman dengan usaha-usaha untuk memupuk kembali cinta sesama umat, namun cinta ini tidak akan semurni sebagaimana asal.  Ketika seorang sahabat yg bernama Huzaifah r.a bertanya kpd RasuluLLAH ص adakah Islam akan kembali tertegak setelah jatuhnya?...baginda menjawab 'ya' tetapi ianya kabur dan tidak sejernih yang asal.  Kemuncak kepada pengembalian cinta sesama umat, ialah apabila umat ini menobatkan kembali kedudukan para ahlul bait didalam hati-hati mereka.  Maka pada ketika itu, الله  akan menandakannya dengan  kemunculan seorang khalifah diatas manhaj nubuwah untuk umat ini dari kalangan ahlul bait RasuluLLAH ص iaitu Imam Mahdi al-muntazar. Al-Mahdi akan menggabungkan kembali institusi ulama' dan umara' dengan dibantu oleh para pengikut-pengikut setianya yang memiliki cinta murni kepada agama... ruh dan bukti rasa cinta ini bukanlah dalam slogan yang mereka laungkan tetapi didalam penzahiran rasa cinta mereka untuk umat dan para ahlul bait melalui amal perbuatan mereka.  Semoga kita dipilih oleh الله untuk menjadi sebahagian dari mereka.