KHATAM HAFAZAN PADA HARIJADI


TAHNIAH, ALFA MABRUK KEPADA PUTERI NUR KHAIRUNNISA BINTI MEGAT AMINUL RAHIM KERANA BERJAYA MENGKHATAMKAN HAFAZAN AL QURAN 30 JUZUK PADA 8 JULY, 2020 MASEHI BERSAMAAN 16 ZULQAEDAH, 1441 HIJRAH.  KEJAYAAN INI LEBIH INDAH LAGI KERANA BERSEMPENA DENGAN HARIJADINYA YANG KE - 17. SEMOGA MENJADI SEORANG HAFIZAH  DAN GENERASI RABBANI DAN AL QURAN YANG BAIK SEHINGGA AKHIR HAYAT.
LAGI

BEKAS KETUA PELAJAR DITERIMA MASUK KE RCMP-UNIKL

TAHNIAH BEKAS (KETUA) PELAJAR-WAN NUR MUHAMMAD SYAMIM DIATAS TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI ROYAL COLLEGE OF MEDICINE PERAK (RCMP).

SYAMIM YANG JUGA MERUPAKAN ANAK KEPADA PASANGAN PENGERUSI DAN PENGETUA MAAHAD; TUAN HAJI ALAUDDIN ISHAK DAN HAJJAH WAN NOREENA MASTURA, ADALAH PELAJAR MATAQU DARI SEJAK TAHAP TADIKA SEHINGGA SPM (2004 - 2020). ANTARA KEJAYAANNYA SEMASA MENUNTUT DI MATAQU IALAH MENJADI PELAJAR TERBAIK UPSR & PSRA 2012, SMU 2016 DAN SPM 2018. SELEPAS PEPEREKSAAN SPM, SYAMIM TIDAK TERUS MEMOHON UNTUK MEMASUKI IPT KERANA MENUMPUKAN MASA UNTUK MENGKHATAMKAN HAFAZAN AL QURAN. SYAMIM LULUS PERMOHONAN DAN DIBERI TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI KOLEJ PERUBATAN DI RAJA PERAK DIBAWAH UNIKL ATAS KRITERIA BEKAS PELAJAR TAHFIZ DAN DISERAPKAN DALAM PROGRAM ULUL ALBAB MEREKA. SEMOGA KEJAYAAN SYAMIM DITERIMA MASUK KE RCMP MENJADI PENDORONG KEPADA SEMUA IBU-BAPA DAN PELAJAR TAHFIZ KHUSUSNYA DI MATAQU AGAR SENTIASA MELETAKKAN TUNTUTAN HAFAZAN AL QURAN MENGATASI PERKARA-PERKARA LAIN.

LAGI

KEMASUKAN SEMULA SELEPAS PKP

KUMPULAN PERTAMA PELAJAR MAAHAD YANG TERDIRI DARI 6 ORANG PELAJAR DAN MERUPAKAN CALUN-CALUN PEPEREKSAAN SPM BAGI TAHUN INI TELAH MENDAFTAR MASUK SEMULA KE ASRAMA PADA 28 JUN 2020 (AHAD).

BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN YANG DIISYTIHARKAN KERAJAAN MELALUI MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) PADA 11 JUN 2020, MAAHAD TELAH DI KOSONGKAN SELAMA 3 BULAN 12 HARI DAN KEMASUKAN SEMULA MEREKA TELAH DISAMBUT SENDIRI OLEH PENGERUSI DAN PENGETUA MAAHAD DI DEPAN PAGAR UTAMA.

SEMUA SOP YANG TELAH DI GARISKAN OLEH MKN BAGI MENERIMA SEMULA KEMASUKAN PELAJAR SEPERTI PENJARAKAN SOSIAL, PENGAMBILAN SUHU DAN SANITASI BANGUNAN DAN BARANG TELAH DILAKSANAKAN SEBELUM PELAJAR-PELAJAR DIBENARKAN UNTUK MEMASUKI BANGUNAN.

 

LAGI

LARANGAN DATANG KE MAAHAD BAGI PELAJAR DAN KAKITANGAN YANG BELUM MENJALANI UJIAN SARINGAN

PELAJAR DAN KAKITANGAN YANG BELUM MENJALANI SARINGAN COVID19 DIMINTA MELAKUKAN SARINGAN SEGERA.
SEHINGGA BELUM DISAHKAN NEGATIVE, SEBARANG URUSAN DI LOKASI MAAHAD ADALAH TIDAK DIBENARKAN. HARAP MAKLUM.

ARAHAN PENGERUSI
LAGI

TAHNIAH KEPADA PELAJAR TAHUN 6 ATAS PENCAPAIAN PEPERIKSAAN UPSR 2019

14 ORANG TELAH DICALONKAN BAGI PEPERIKSAAN UPSR BAGI TAHUN 2019

6A - 2 ORG

5A - 1 ORG

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR, USAHA LEBIH UNTUK TAHUN HADAPAN DAN SELAMAT MENEMPUH ALAM PERSEKOLAHAN BARU.

LAGI

KEPUTUSAN YANG CEMERLANG PELAJAR TAHUN 5 BAGI PEPERIKSAAN UPKK 2019

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA ADIK-ADIK KITA YANG BERJAYA. PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SERAMAI 13 ORANG.

8A - 9 ORG

7A - 3 ORG

6A - 1 ORG

USAHA UNTUK TAHUN HADAPAN PULA LEBIH CEMERLANG DAN GEMILANG.

LAGI

TAHNIAH KEPADA PELAJAR MATAQU YANG TELAH MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG PEPERIKSAAN SMU 2019

ALHAMDULILLAH, SERAMAI 7 ORANG PELAJAR YANG DICALONKAN TELAH BERJAYA MENDAPAT 100% PANGKAT MUMTAZ. SALAH SEORANG PELAJAR KITA ADIK FATIMAH MOHAMED TELAH DIANUGERAHKAN SEBAGAI PELAJAR TERBAIK SMU BAGI TAHUN 2019. TAHNIAH SEKALI LAGI, SEMOGA PENCAPAIAN AKAN LEBIH CEMERLANG PADA TAHUN AKAN DATANG.

LAGI

BITTAUFIQ WANNAJAH - SMU 2019 (20 OKTOBER - 30 OKTOBER)

MATAQU BUAT KALI PERTAMA MENJADI PUSAT UNTUK PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) YANG MENGIKUT SILIBUS DARIPADA YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) SEPENUHNYA.

SEMOGA ANAK-ANAK MATAQU BERJAYA MENGULANGI KEPUTUSAN MUMTAZ SEPERTI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.

LAGI

PROGRAM PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH) ANJURAN KOLEJ KOMUNITI SELAYANG

PROGRAM PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH) ANJURAN KOLEJ KOMUNITI SELAYANG

13 JULAI 2019 - PENGURUSAN DIRI (IMEJ & BILIK) - PELAJAR BANIN

\"\"  \"\"\"\"

 

24 OGOS 2019 - PEMBUATAN BISNES KECIL - AISKRIM VIRAL MALAYSIA - PELAJAR BANAT

\"\"  \"\"\"\"

LAGI

PROGRAM IBADAH AQIQAH & KORBAN MATAQU 1440

SEBANYAK 3 EKOR LEMBU TELAH BERJAYA DIKORBANKAN OLEH KELUARGA BESAR MATAQU SEMPENA IBADAH KORBAN PADA TAHUN INI DI PERINGKAT MATAQU.

PROGRAM IBADAH AQIQAH & KORBAN MATAQU 1440

SEKITAR PROGRAM IBADAH AQIQAH & KORBAN MATAQU 1440

 

MANAKALA 3 EKOR LAGI DI KEMBOJA YANG DILAKSANAKAN PADA 13 ZULHIJJAH 1440 / 14 OGOS 2019.

PROGRAM KORBAN DAN REHLAH DAKWAH DI KEMBOJA 2019 

PROGRAM KORBAN DAN REHLAH DAKWAH DI KEMBOJA 2019

 

 

LAGI

KEM PREPPERS SURVIVAL AKHIR ZAMAN SIRI 1/11

KEM PREPPERS SURVIVAL AKHIR ZAMAN  

TARIKH   : 26HB-28HB JULAI 2019

TEMPAT : MATAQU & RIVERSTONE ECO RESORT, HULU YAM

 KEM INI TELAH MENERIMA PENYERTAAN SERAMAI 85 ORANG PELAJAR MENENGAH MATAQU.

LAGI

LAWATAN ROMBONGAN UNIVERSITI AR RANIRY (UAR), ACHEH INDONESIA

LAWATAN ROMBONGAN UNIVERSITI AR RANIRY (UAR), ACHEH YANG DIKETUAI OLEH PROFESSOR SAIFULLAH IDRIS, TIMBALAN CHANSELOR 3 KE MATAQU. MATAQU MENANDATANGANI PROGRAM KERJASAMA PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI DENGAN UAR, INSYAALLAH.

LAGI

Page 1 of 1